Resepi : Puding Susu Coklat Mudah.

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini kita buat Puding Susu Coklat,sekarang musim panas sedap makan yg sejuk² kan. Jom kita tengok bahan² yg diperlukan & step by step! Yehaaa...


Bahan² :-

10 gram serbuk agar²
1 liter air
1 cawan gula kastor
1 sudu makan serbuk koko + 1/2 cawan air = (*dibancuh sebati & ditapis)

1 liter susu coklat (*apa² brand pun tak kisah)

Cara² membuat :-
1. Masakkan serbuk agar² dgn 1 liter air sehingga mendidih.

2. Masukkan gula kastor dan bancuhan koko tadi dalam periuk.
3. Masak sampai mendidih. Tutup api.

4. Masukkan susu coklat dlm periuk dan kacau rata,letak selepas api ditutup.

5. Tunggu adunan sejuk seblm dituang dlm bekas. Sejukkan dulu sebelum dinikmati. 
P.s/ ada letak sirap coklat juga,letak sirap seblm tuang adunan dlm bekas. Nak letak buah koktail (*tanpa air) pun boleh jg. 

Kredit resepi : Chef Hanielza.