Resepi : Puding Buah Koktail Mudah.

Assalamualaikum dan selamat petang! 


Kalau dah keluar entri,maknanya apa? Ya menjadilah! Jadi kenalah kongsikan utk semua orang. Tak baik kedekut ilmu kan? 🥰

Bahan² semua mudah nak cari,cara nak buat pun inshaaAllah tak susah. Kena ikut langkah demi langkah dengan betullah. Jangan risau ok. Ni buat masa weekend haritu,ingatkan tak menjadi sebab ada step tu macam salah buat. Fuh... lega bila keluarkan dari acuan,cantik sangat. 🤩

Bahan² :-

10 gram serbuk agar²
1 tin susu cair/sejat
1 tin buah koktail (*aku guna brand Fresh Nature yg tin besar,sebaiknya guna tin kecil kalau guna brand FN)
1/2 cawan gula (*boleh lebihkan kalau nak manis)
4 cawan air (*boleh kurangkan jd 3 1/2 cawan kalau tak nak puding berair sgt)

Cara² membuat :-

1. Dalam periuk masukkan serbuk agar²,gula dgn air. Masak dgn api sederhana. Kacau rata ya.
2. Tunggu sampai mendidih,masukkan susu sejat pula. Kacau cepat². Tutup api.
3. Masukkan buah koktail yg ditos airnya,potong kecil kalau perlu. (*Air koktail tu boleh simpan makan dgn puding bila dah siap.) Kacau rata.



4. Tuangkan adunan dlm acuan yg sesuai,tepikan dulu bila dah sejuk/keras sikit simpan dlm peti ais. Sedap makan bila sejuk! 😋


Kredit resepi :- Resepidaria.blogspot.com

No comments:

Post a Comment